Hayati Hamdan
Hai. Saya Hayati. Telah didiagnos MDD dan anxiety pada 2022 selepas lebih 16 tahun memilih untuk berdiam. Dahulunya saya terlalu berdikari dan menganggap meminta pertolongan itu akan menyusahkan. Namun akhirnya saya fahami kesilapan saya dan akhirnya bersedia memulakan rawatan, menerima apa-apa diagnos dari doktor, patuh pada ubat-ubatan, dan bersedia memberi komitmen pada terapi yang disarankan. Saya berharap, keterbukaan saya berkongsi tentang isu kesihatan mental akan menggalakkan orang ramai memulakan dan meneruskan rawatan serta mematah stigma masyarakat. Semoga anda yang masih berdiam akan merasakan kehadiran saya dan mengizin diri untuk dirawat. Mari, kita pilih sembuh bersama-sama.