fbpx
Search
Close this search box.

Mimi Musa

Diagnosis: Bipolar Type 2

Salam. Hai, Mimi Musa di sini. Saya didiagnos dengan Major Depressive Disorder pada tahun 2018. Selepas setahun, diagnosis saya ditukar kepada Bipolar Mood Disorder Type 2. Tiga bulan selepas didiagnos dengan MDD, saya terpaksa berhenti kerja (bidang farmasi) kerana keadaan semakin teruk hingga saya hanya duduk rumah dan tidur sepanjang hari. Saya telah menjalani sesi psikoterapi (CBT) dan banyak mencuba perkara baru untuk membuatkan saya rasa hidup seperti mewarna, membuat jurnal dan menulis. Untuk meneruskan hidup, saya buat kerja “freelance” dalam bidang penerbitan buku dan meneruskan hidup seadanya. Tanpa saya rancang, akhinya kini saya berjaya kerja sepenuh masa semula. Saya gembira jika dapat bantu anda, berkongsi perjalanan bagaimana pada mulanya saya rasa seperti hidup ini telah berakhir dan kemudian saya belajar untuk mengerti bahawa diagnosis ataupun ujian ini adalah untuk menjadikan diri kita lebih baik dalam versi yang lain.