Nur Areefah
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Areefah, seorang pejuang Bipolar Disorder, Borderline Personality dan Anxiety yang di diagnosis pada tahun 2016. Pernah menerima rawatan ubatan, psikoterapi dan electroconvulsive therapy (ECT), dan alhamdulillah sekarang keadaan stabil walaupun masih meneruskan rawatan psikoterapi. Pernah di diagnosis dengan kanser buah pinggang ketika sedang mengandung pada tahun 2021 dan alhamdulillah kini juga stabil. Stigma yang tebal mengenai kesihatan mental kepada semua termasuk saya sebagai graduan bidang psikologi (minor ilmu wahyu) dan seorang yang aktif dalam medan dakwah tidak menghalang saya dari meneruskan usaha advokasi malah menjadi motivasi kepada saya untuk membantu mereka yang menderita dalam diam. Walaupun beberapa kali episod dimasukkan ke wad psikiatri, saya bersyukur kerana berjaya menghabiskan pengajian diperingkat sarjana dan berharap mampu menyumbang semula kepada masyarakat, inshaAllah.