fbpx
Search
Close this search box.

Saadah Suhim

Diagnosis: Melancholic Depression, ADHD, Bipolar Type 2

Saya telah didiagnos dengan MDD (Melancholic Depression) sewaktu belajar Ijazah Kedoktoran di Mesir ketika berumur 19 tahun. Saya mempunyai cabaran bagi menyempurnakan pengajian dan Back For Good (BFG). Kemudian, saya telah mendapat diagnosis baru iaitu Bipolar Type 2 dan mendapat rawatan ubatan dan kaunseling. Ketika PKP, saya perlu praktikal tahun akhir di rumah, dan itu pertama kali saya duduk paling lama di rumah. Pada waktu inilah, episod saya semakin teruk dan simptoms saya mulai berbeza. Selepas saya mendapatkan rawatan alternatif di hospital baru, saya didiagnos pula dengan MDD dan ADHD. Saya mula terlibat dengan webinar dalam talian serta aktiviti-aktiviti NGO Kesihatan mental. Kini, saya menyambung pengajian dalam Ijazah Psikologi serta dalam fasa menstabilkan diri bekerja sambil belajar. Perjalanannya panjang dan banyak naik turunnya, namun jangan pernah berputus asa kerana the living point is when we keep on moving forward and work on our ourselves.