Sakinah H
Salam perkenalan. Sakinah di sini. 😊 Pada tahun 2021, saya mengalami depresi yang mendalam. Selama lebih 13 tahun, saya menyimpan segala rasa di dalam hati, tanpa meminta pertolongan atau berkongsi apa yang saya lalui. Saya membiarkan perasaan dan fikiran yang menghimpit itu perlahan-lahan menenggelamkan identiti diri saya. Hingga akhirnya, saya sedar bahawa saya tidak boleh terus berdiam diri dan perlu mendapatkan sokongan daripada keluarga yang saya percayai. Ada saat-saat di mana saya berharap untuk melepaskan diri dari semua ini dengan sekelip mata, tetapi saya tahu bahawa untuk sihat say memerlukan sokongan daripada mereka yang memahami. Selepas melalui rawatan, ubat, dan sokongan daripada mereka yang tersayang, saya mula merasakan kembali ketenangan dalam hidup. Hari demi hari, saya perlahan-lahan membina semula diri saya, menjadi lebih baik dan lebih kuat. Saya sedar bahawa setiap orang melalui ujian dan cabaran yang berbeza, dan saya ingin anda tahu bahawa saya di sini, sentiasa sedia mendengar. Anda tidak perlu menghadapi semuanya seorang diri.