
Ummi
Hai.. saya Ummi, seorang wanita berusia 30-an, menemui ketenangan selepas didiagnosis oleh doktor psikiatri, selepas 20 tahun hidup dihantui trauma.
Pada tahun 2018, saya didiagnosis dengan PTSD dan Anxiety kemudian pada 2021 diagnosisnya berubah kepada Generalized Anxiety Disorder (GAD) dengan PTSD. However, saya percaya bahawa diagnosis tidak mendefinisikan diri seseorang.
Selain ubat, saya menggunakan kaedah holistic healing untuk sembuh. Antaranya terapi haiwan dengan membela arnab sebagai rawatan tambahan dari 2018 hingga 2020, yang membantu dalam proses pemulihannya.
Pernah melalui body shaming yang menyebabkan keyakinan diri saya sangat rendah dan sukar mempercayai orang lain.
Saya juga pernah jadi mangsa mental dan fizikal abuse yang menyumbang ke arah diagnosis.
Sebagai anak sulung perempuan, orang selalu meletakkan harapan yang tinggi menyebabkan saya selalu mengutamakan orang lain sehingga tak tahu bagaimana mencintai diri sendiri.
Ini pengalaman hidup saya. Kalau anda ada sejarah hidup yang hampir sama, mari.. kita berkongsi cerita.