Menangis Tanpa Sebab: Tanda Tekanan atau Proses Pemulihan Jiwa

Picture of Ummi

Ummi

Saya Ummi, seseorang yang melalui trauma, PTSD dan GAD. Saya percaya diagnosis bukan penentu diri. Selain ubat, saya guna pendekatan holistik seperti terapi haiwan untuk sembuh.

Share Post:

Ada satu fasa masa saya tak sihat dulu yang saya rindu…
Fasa air mata mudah sangat nak keluar.

Tengah makan pun boleh rasa sebak.
Jalan-jalan kat taman, tiba-tiba bergenang.
Sembang dengan kawan, kadang-kadang keluar air mata.
Waktu solat, hurm… lagilah.
Tengah memandu pun, tiba-tiba jadi sayu.

Padahal tak ada sebab besar pun.
Tapi hati waktu tu… rasa rapuh sangat.

Saya ni sebenarnya jenis susah menangis.
Dari kecil dah terbiasa disuruh kuat.
“Tak boleh nangis!”
Lama-lama terbentuklah karakter tu…

Luaran nampak lembut dan penyayang (orang la yang cakap),
tapi dalaman keras. Terbalik kan?
Biasanya orang cakap “dalam hati ada taman,”
tapi saya? “Dalam hati ada bongkah batu.” 😅

Kalau nak tahu, menangis tanpa sebab selama lebih dua minggu,
boleh jadi tanda kita tengah lalui tekanan mental yang serius.

Tapi pelik kan… boleh pula saya rindu fasa tu.

Sebab walaupun rasa rapuh,
waktu tu saya dapat rasa hati sangat halus.

Mudah reda bila marah.
Mudah maafkan orang.
Dan paling ketara — rasa sangat dekat dengan Allah.

Waktu menangis sorang-sorang,
nama yang paling kerap terlintas:
Ya Allah… Allahu Akbar… Lailahaillallah…

Rasa macam… hanya Allah yang faham.
Hanya Dia yang tahu, yang dengar, yang dekat.

Dan dari situ saya sedar,
luahan paling jujur kadang bukan dalam bentuk kata-kata.
Tapi melalui tangisan.

Kadang-kala… orang sekeliling pun tak mampu redakan apa yang kita rasa.
Tapi tangisan, dia tahu caranya.

Jadi kalau nampak orang menangis,
jangan cepat-cepat suruh berhenti.
Kadang cukup duduk je dekat dia, diam.
Biarkan dia luah cara dia.

Sebab ada waktunya…
tangisan jauh lebih mujarab dari pujukan manusia.


📌 Dari sudut sains, bila kita menangis sebab emosi,
air mata yang keluar tu bawa hormon stres keluar dari tubuh.
Pada masa yang sama, otak keluarkan hormon tenang
macam oksitosin dan endorfin.

Itulah sebabnya kadang lepas menangis,
kita rasa lega. Nafas perlahan, dada lapang sikit.
Menangis tu sebahagian dari healing.


📿 Dari sisi agama pula,
tangisan yang datang bila kita rasa kecil di sisi Allah,
atau rasa nak kembali semula pada-Nya,
itu tanda jiwa sedang dibersihkan — tazkiyah al-nafs.

Nabi ﷺ bersabda:

"Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka: mata yang menangis kerana takut kepada Allah, dan mata yang berjaga malam di jalan Allah."

Dan Allah sendiri sebut dalam al-Quran:

"Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada Rasul, kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui."

Tangisan itu…
bukan kelemahan. Tapi rahmat.
Petanda jiwa kita masih hidup.
Masih rasa.
Masih mahu kembali.

Tangisan itu bukan kelemahan. Ia isyarat jiwa sedang memulih.

Kalau awak sedang lalui fasa ini, awak tak keseorangan. Jika anda memerlukan ruang untuk meluah, SAPOT sedia menemani anda dalam perjalanan pemulihan.

Kenali dulu SAPOT Warriors kami.
Mereka adalah insan sebenar dengan kisah pemulihan tersendiri, yang kini dilatih untuk menemani awak melalui fasa awak.

📍Lihat profil SAPOT Warriors
📍Tempah sesi bila awak dah sedia

Share Post: